Langit-Langit Yang Dilalui Rasulullah Semasa Mikraj

Assalamualaikum....
Hari ini 29/06/2011, Aishah nak share tentang Israk dan Mikraj tetapi Aishah fokuskan Mikraj.
Aishah yakin ramain dah yang pernah mendengar tentang peristiwa Israk dan Mikraj. 
Straight to the topic, Sebelum rasulullah sampai ke Sidratul Muntaha iaitu langit ke-7, Rasululllah telah melalui beberapi lapisan langit, Jom kita baca dan tambah ilmu. Aishah pun baru tahu...pertemuan ini...

Pada masa ini, didatangkan kepada Baginda sebuah Mikraj yakni tangga yang indah dari syurga. 
Tangga Pertama 
Rasulullah dan Jibril masuk ke langit pertama lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang yang makan riba dan harta anak yatim serta melihat orang berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung kepada susu penzina perempuan.
Tangga Kedua
Nabi Muhammad dan Jibril naik tangga langit kedua lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.

Tangga Ketiga

Naik tangga langit ketiga dan bertemu Nabi Yusuf a.s.

Tangga Keempat
Naik tangga langit keempat lalu bertemu Nabi Idris a.s
Tangga Kelima
Naik tangga langit kelima dan bertemu Nabi Harun a.s yang dikelilingi kaumnya Bani Israel.

Tangga Keenam
Naik tangga langit keenam dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu Nabi Musa a.s. Baginda disuruh mengangkat kepalanya lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang masuk syurga tanpa hisab.
Tangga Ketujuh
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu Nabi Ibrahim a.s sedang bersandar pada Baitul Makmur sambil dihadapi kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda: “Engkau akan berjumpa Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. “Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillahlah Allahuakbar dan Walahaulawalaquwataillabillahi’aliyul’adzim. “Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.” Selepas itu Baginda masuk ke dalam Baitul Makmur lalu solat. Baitul Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah dan adalah tempat malaikat bertawaf.

Tangga Kelapan
Di sinilah disebut ‘al-kursi’ yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok ituSungai yang airnya tidak berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah, daun dan dahan yang berubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan dan semua keindahan yang tak terperi oleh manusia. Baginda juga dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta penunggunya, Malik.Di sinilah disebut ‘al-kursi’ yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.

Tangga Kesembilan
Di sini berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha. Rasulullah w masuk dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur ‘arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya 
sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh
Baginda sampai ke Hadratul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepala Baginda, lantas sujud. Di sinilah Allah memfardukan solat 50 waktu kepada Baginda. Selesai munajat, Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa.

Saat itulah....solat dikurangkan hingga 5 rakaat. Untuk ketahui kisah solat 5 rakaat, Aishah akan ceritakan pada Israk dan Mikraj  tahun depan Insyaallah. Kalau nak tahu juga, bolehla search dekat Google.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: