Filem Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum...

Cerita tu macam pernah dengar ja. Dekat TV3.
Bukan yang tu la. Yang tu tak best. Yang Aishah nak cerita ni bes punya. Best sangat X10. 

Filem ini diambil daripada salah sebuah novel yang sangat laris di Indonesia, Singapura dan Malaysia. 
Filem ini terhasil akibat daripada permintaan ramai yang menginginkan sebuah filem berdasarkan novel ini. Novel apa tu? Tak pernah baca pon. Ni novel nya

Pernah baca tak? Mesti tak pernah kan. Kalau tak pernah tengok la filem dia. Memang betul-betul membawa unsur-unsur Islamik.
Cara bercinta yang ditunjukkan hampir tepat kepada cara bercinta dalam Islam.
Lakonannya yang sangat mantap menyebabkan Aishah jadi gila nak tengok cerita ni lagi.

Aishah tengok cerita ni dekat Astro AlHijrah. Kebetulan waktu tu cerita ni. SO, Aishah tengok sekerat saja.
Aishah boleh jadi tak betul sampai nak download. Tapi masih dalam mode terkawal.
2 orang pelakon di atas la yang best sangat tu. Waktu perempuan belah kiri, Anna tu sujud syukur, Aishah rasa kagum. Anna sujud syukur sebab Abdullah, belah kiri, lelaki yang terserempak dengannya ketika di Al-Azhar kalau tak silap...akan bernikah dengannya. Dia menyimpan perasaan cinta itu sejak di universiti.
Namun, hatinya hancur apabila mendengar Abdullah telah meminang Vivi. Tetapi, setelah kemalangan yang menimpa Abdullah menyebabkan hubungan mereka renggang dan akhirnya Vivi dipinang dengan lelaki lain oleh orang tuanya.
Abdullah yang pada ketika itu sedih lantas berjumpa dengan Tok Kail kot untuk minta disarungkan cincin ini kepada mana-mana perempuan yang dia rasa sesuai. Tetap Tok itu tidak erus memilih tetapi dia menceritakan tentang Anna tetapi tidak secara terang. Abdullah tertarik dengan perwatakan yang diceritakan oleh Tok tadi. Tetapi dia tertanya siapa gadis tersebut. Apbila tok ni kata Anna, dia berasa gembira. Anna yang sedang menghendap di situ berasa bersyukur dan gembira lantas sujud syukur kepada Allah.


Mungkin kalau Aishah cerita x best.  Nanti kengkawan cari la sendiri kat Google @ Yahoo. Mesti suka punya.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: