Cerpen : Hatiku Untukmu.

Assalamualaikum...

Baru-baru ni Aishah ada buat satu cerpen ni. So, sekarang Aishah nak kongsi cerpen AIshah kepada semua orang. Aishah nak mengaku siap-siap yang AIshah memang tak berbakat langsung untuk menjadi penulis. Cerpen ini adalah mengenai salah sebuah cerita di Astro Prima. SIapa yang pernah tengok pasti tahu tentang cerpen ni...



Edaward baru sahaja tiba di sebuah kampung bergelar Kampung Sahabat. Dia ke situ dengan membawa tanggungjawab yang besar iaitu untuk menjadi doktor di sebuah klinik desa di situ.

" Encik apakah masalah encik? Encik sakit apa ? tanya Dr Edward kepada Maniam.
               " Doktor anak saya cedera di bahagian kakinya semasa bermain bola sepak. Saya buta. Tidak dapat melihat keliling saya. Boleh doktor tolong ubatkan. Saya nak tengok anak saya berjaya dalam hidupnya,"

Apabila Dr Edward mendengar cerita daripada Maniam, dia berasa simpati. Tanpa membuang masa lantas dia merubati Muthu, anak Maniam dengan sebaik mungkin.

Dalam perjalanan pulang, Dr Edward terserempak dengan salah seorang wanita. Wanita itu bernama Qasidah. Edward merasakan sesuatu yang unik ada pada diri Qasidah. Edward cuba untuk mendekati wanita itu. Setiap hari dia akan ke tempat Qasidah bekerja iaitu di salah sebuah tempat pembuatan batik. Di situ dia belajar cara membuat batik serba sedikit.

Sudah menjadi hobi Dr Edward untuk mengambil gambar pemandangan yang indah apatah lagi di kampung. Semasa dia mengambil gambar, dia terlihat Qasidah yang pada ketika itu tersenyum ke arahnya. Dia merasa bahagia dan mungkin perasaan cinta sudah lahir di hatinya.

            Kasim yang menyimpan perasaan yang sama terhadap Qasidah berasa cemburu kepada Edward.
" Aku takkan biarkan orang tak kuat iman tu hancurkan orang kampung ni terutamanya Qasidah. Qasidah tu milik aku. Tiada siapa yang boleh merampas dia daripada aku," kata-kata itu terbit dalam hatinya menandakan kebenciannya terhadap Edward.

Semasa di klinik, ada salah seorang pesakit yang bernama Mrs.Ling. Mrs Ling yang mengidap penyakit buah pinggang ketika itu meluahkan perasaannya terhadap Dr Edward.

           " Doktor, terima kasih sebab terima Mee Hong kerja di sini. Kalau dia tidak bekerja di sini pasti kami sekeluarga hilang tempat tinggal, tiada makanan. Saya ada penyakit buah pinggang. Tidak lama lagi saya akan mati. Bagaimana hidup cucu saya ni doktor? Kesian dia masih kecil ," luahan Mrs Ling terhadap Dr Edward.

Kemudian, dia terus menulis sepucuk surat dan menyimpannya. Edward tidak terus pulang ke rumaahnya. Malah, dia ingin berjumpa dengan Sister Mary. Sister Mary ialah orang yang telah membesarkannya. Walaupun Edward lahir dalam kedaan Kristian tetapi dia sempat masuk Islam ketika ingin berkahwin dengan salah seorang wanita Islam. Namun, wanita itu meninngal dunia sebelum mereka berkawin.

         " Tolong bukakan surat ini apabila sesuatu menimpa saya. Sister, saya merasakan bahawa saya terlalu cintakan Islam. Nama islam saya ialah Daud." kaa Edward kepada sister.

Sister yang mendengar kata-kata Edward sebentar tadi, berasa terkejut.

Edward terus menuju ke rumah Qasidah untuk melihat keadaan ayah Qasidah yang sakit. Semasa di sana mereka sempat berbicara.

" Saya nak sangat tengok Qasidah bahagia sebelum saya menghembuskan nafas terakhir," kata tok Imam iaitu ayah Qasidah

" Saya cintakan Qasidah tok, walau apapun yang berlaku saya sudah cinakannya," kata Edward

" Jika kamu benar-benar mencintainya, kamu harus tahu suatu perkara," kata tok Imam pula.
" Apa tok, "
" Qasidah menghidap penyakit kanser hati sejak kecil lagi. Dia akan meninggal dalam waktu yang singkat," Jawab tok imam.

Edward terkejut apabila mendengarkannya. Perasaan terkejutnya itu berlangsung begitu lama. Semasa dia atas bukit. Dia sedih mengenangkan Qasidah. Tiba-tiba Kassim datang dengan lagak sombong.

" Heey, kau tak payah berlagak baik la. Qasidah tu aku punya. Kau faham tak," kata Kassim

" Kassim, Qasidah menghidap penyakit kanser hati yang sangat teruk dan dia akan mati . Kau faham tak. Dia akan mati," tengking Edward lalu meninnggalkan tempat itu.

Kassim berasa sangat marah lalu menolak Edward jatuh ke bawah bukit. Kassim kemudian ditangkap polis. Qasidah yang melihat keadaan Edward menangis dengan sedihnya. Doktor akhirnya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu Edward.

Seperti yang pernah dikatakan Edward dahulu. Kalau ada sesuatu yang berlaku kepadanya, sia menyuruh sister membuka 3 pucuk surat.

Surat yang pertama adalah kepada Maniam. Dia akan mendermakan matanya kepada Maniam. Supaya Maniam dapat melihat dunia.

Surat kedua kepada Mrs Ling. Dia mendermakan buah pinggangnya kepada Mrs Ling. Supaya dia dapat bersama dengan keluarganya dan melihat cucunya membesar.

Dan surat ketiga untuk Qasidah. Hatinya akan diberikan kepada Qasidah. Supaya Qasidah tidak melihat kesedihan orang lain terutamanya ayahnya.

Begitulah kisah Edward atau Daud. Semasa mengebumikannya, namanya dipanggil dengan nama islamnya iaitu Daud. Maniam, Mrs Ling Qasidah dan sister berada di situ sambil meratap kesedihan. Mereka berasa seperti ingin berjumpa dengan Daud untuk berterima kasih.

Itu sahaja...

Assalamualikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: