Cerpen Berepisod :Aku dan Sahabat

EPISOD 1

" Natrah, Haifa, Nurul, cuba hampa tengok tu ada budak baru pindah la, " Kata Aishah sambil memanggil rakan-rakannya. 
Aishah pada ketika itu baru berudia 6 tahun manakala rakan-rakannya itu berusia 5 tahun. Mereka sering bermain bersama-sama tepat jam 5:30 petang setiap hari. 

" Betullah, tadi kami nampak lori bawa banyak barang rumah dia la," kata Natrah.
Sebenarnya budak baru yang di perkatakan oleh mereka itu ialah Huda. Aku dan Huda lahir pada tahun yang sama jadi, umur kami adalah serupa. 

Pada waktu itu, Huda sedang bermain permainan di halaman rumahnya. Aishah dan rakan-rakannya yang masih bersikap kebudak-budakan itu lantas menyerbu rumah Huda dengan niat untuk berkenalan dan berkawan.

" Weee, hampa sapa" kata salah seorang daripada mereka..
Oleh sebab, Huda merupakan jiran baru, dia berasa segan lalu, menghalau Aishah dan rakannya. 

Aishah dan rakannya merasakan bahawa Huda ialah orang yang sombong. Lalu,  Aishah dan rakannya memutuskan untuk tidak mahu berkawan dengan Huda.

Keesokan harinya,

" Bye mama. Satgi 1.30 mama mai ambil Kak Cah tau," Kata Aishah sebelum turun dari keretanya untuk ke Tadika Tapis.

Apabila Aishah masuk ke dalam tadika dan mengambil kerusinya, alangkah terkejutnya Aishah apabila melihat jiran barunya itu berada di sebelahnya, adakah ini kenyataan. Aishah berasa ingin menegur Huda tetapi apabila dikenang peristiwa semalam, niat baiknya itu ditolak ke tepi. 

Walau demikian, perasaan Aishah tiba-tiba berubah. Dia terus menegur Huda dan bertanya tentang peristiwa semalam.
" Hai, hampa yang kelmarin tu kan ? Yang halau kami tu la ," tanya Aishah kepada Huda.
" Kami la tu," jawab Huda
" Nama hampa apa ? Kenapa hampa halau kami dengan kawan kami kelmarin?" tanya Aishah sambil ingin mengetahui hal yang sebenarnya .
" Nama kami Nurul Huda. Kami bukannya nak halau hampa. Kami cuma takut ja dengan hampa. Kami tak kenal dengan hampa. Kami takut hampa nanti curi anak patung kami. " jawab Huda dengan panjang lebarnya.

Apabila terdengar cerita itu, Aishah dan Huda terus menjadi sahabat.... 

Ingin tahu kisah selanjutnya... Insyaallah esok atau lusa akan disambungkan..
Apa yg menarik..
ada budak jahat di tadika.....

ori drpd AISHAH NORRIFIN ( mungkin ada yg x betul )


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: