Contest Gambar Berstory

Aishah join Contest di atas tau..

Tajuknya Contest Gambar Bertsory...Heheheh..Menarik..Aishah sebenarnya kalau bab gambar ni kurang berminat tapi Aishah suka la contest ni...Mana tau boleh...Mennang..

Klik banner tau kalau nak join
Jom la join...Masih kosong lagi contest ni...

Ni Gambar Yang Berstory bagi AIshah

Gambar ni berstory sangat sebab....Aishah dapat bergambar dengan sepupu Aishah. Sepupu ja pun..Heee, spupu 1st tau tp belah mama Aishah la. Masamnya muka dia...
Nama sepupu Aishah ni kan unik sangat iaitu Anne Khadijah ..Gabungan nama orang putih dan islamik.
Heheheh..Ok, lah..
Itu ja...

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Siapa Nak Header Ni ??? Jom Cepat

Assalamualaikum...

Malam semalam,  Aishah ada la mendesign satu header yang sangat simple ni....Jadi, Aishah tak tahu la nak buat apa !!! So, Aishah nak bagi dekat orang yang bertuah...

Syarat-Syarat nya
* Tidak perlu membuat entri apa-apa
* Cuma letakkan link blog dan nama anda
* Tuliskan sekali sebab anda nak header ni. Buat la yang bleh

Itu ja....
Pemenang akan dipilh secara menggunakan Random. Org
Penyertaan cuma sampai pukul 12.00 malam ni tau...SO, cepat siket...nanti lambat pula..
Ingat kalau salah satu syarat di atas tak lengkap, penyertaan dibatalkan.
Aishah akan cuba umumkan scepatnya..Mungkin pukul 12.30 @ esok petang...

Nanti Aishah akan letakkan Blog Title anda di header tu...Dan hias sikit lagi:D

Kenapa Petang pulak...Kan esok ada larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia..Heheheh

Ok, la...Kalau sampai pukul 12.00 pun tak ada penyertaan, header Aishah akan bagi kepada orang lain...:D

Itu sahaja, Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

Tak Sabar Nak Tengok Imam Muda

Assalamualaikum

Tepat hari Jumaat malam, Aishah akan berada di hadapan televisyen. Aishah nak tengok Imam Muda . Final tu...Aishah tak sabar nak tengok siapakah yg menjadi Imam Muda untuk kali ini. Sebab apa la yang Aishah tak sabar sangat ni???

Sebab finalis dia ialah dua orang imam muda yang sangat hebat...
Imam Muda Nazrul..Seorang Guru Besar........

Imam Muda Hassan......Seorang Pensyarah..

Kalau tanya Aishah, Aishah sokong yang mana, AIshah tak tahu nak jawab la...Kalau dulu Aishah sokong Imam Muda Nazrul tapi sekarang ni, Aishah pun tak tahu. SIkap rendah diri yang dipaparkan oleh kedua-dua imam muda ini sangat menyentuh hati AIshah....Kalau boleh kedua-dua ini jadi Imam Muda..Heeheheh

Jangan lupa tengok tau...

Tu ja..Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Raya Tahun Ni Tak Best

Assalamualaikum

Sebenarnya, ketidakpuasan Aishah ni sebab raya tahun ni tak best. But why ???

Cuti raya memang la seminggu kalau sekolah Aishah la..Kalau raya tahun lepas raya jatuh minggu selepas cuti seminggu pertengahan penggal 2. Jadi, raya tahun lepas dapat dua minggu cuti.

Tapi untuk tahun ini, raya jatuh waktu minggu cuti seminggu pertengahan penggal 2. So, cuti raya untuk tahun ni cuma seminggu sahaja.

Next, baju raya lambat beli. Tak ada semangat nak raya. Tapi, apapun Aishah still bersyukur sebab dapat baju raya. Kalau orang yang susah tu nak rasa bau baju baru tu pun payah.

Tak dapat duit raya. Orang kata, makin tua, duit raya makin sikit. Aishah ni makin lama usia makin meningkat jadi, duit raya pun makin mengurang. Hancurlah harapan Aishah nak beri camera.

Aishah sebenarnya yakin ramai yang tak puasa hati dengan perkara ini. Jadi, ayuh kita sama-sama mengangkat banner dan menunjuk perasaan depat pejabat pelajaran Malaysia. heheheh..Tak adalah, gurau jer tu.

Itu saja...Entri AIshah kali ini...Tak ada makna apa-apapun ok...Cuma geram n tak puas hati ja...Heheheh

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Cara Nak Meletak Widget Sendiri Dalam Blog

Assalamualaikum....
Aishah sengaja nak buat tutorial ini untuk semua. Tetapi kan Aishah dah kata salah satu hadiah contest ialah welcome to my blog widget. So, nanti bila dah dapat tu macam mana pulak nak bagi dia terapung kat tepi blog ??? Ikut cara ni.

1.  Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript

2. Copy kod ni dan paste dekat ruangan content tu
<script language="JavaScript" src="http://adiwidget.com/js/adibottom.js" type="text/javascript"> </script> <script language="JavaScript" type="text/javascript"> cot("URL Widget") </script>
3. URL WIDGET tu letak la direct link gambar/widget kita tu ok....

Semoga Berjaya

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Bayangan Hadiah Untuk Contest Blog Paling Kemas

Assalamualaikum...

Hari ini Aishah just nak tunjuk bayanagan hadiah tu macam mana.....
Antara button-button yang Aishah akan buat...
( Shoutbox icon)

( Widget Follow Icon )

(Online Offline Icon)

(Reply Button)

( Welcome to My Blog Icon )

Dan Banyak Lagi.....Insyaallah..Kalau Aishah rajin akan ada Awards...
Tolong jangan copy hasil yang Aishah dah buat niih..Tak elok tau...Copyright Reserved
Jangan lepaskan peluang ok...Heheheh

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Jom Join Giveaway: Aisumi!! saya nak DRESS tu!!

Klik banner untuk join...

Referral - Izzaty Hedry

Aishah tak berharap untuk menang....

Kalau dah menng tu ....Tak tau la...
Aishah just nak jadikan Izzaty ni sbg referral Aishah ja..

Hehehehe.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Cara Nak Letak Install Banner Button

Assalamualaikum....

Cuba tengok kat banner Aishah. Ada button Install Banner kan. Ini supaya dapat memudah seseorang itu letak banner kita dalam blog depa.
  1. Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript
  2. Copy kod ni dan paste di ruangan content
<center><form action="http://beta.blogger.com/add-widget" target="_blank" method="POST"><input value="Tajuk Sidebar" name="widget.title" type="hidden" /><textarea rows="3" cols="5" style="display: none;" name="widget.content">
 <a href="URL BLOG" target="_blank"><br /><img src="link gambar" /></a>
 </textarea><input value="Install Banner" class="button" name="go" type="submit" /></form></center>
Yang Merah tu kalau tak mau tukar pun tak apa.
Biru url blog masing-masing
oren untuk url gambar banner.

       3. SIap. Save.

AIshah nak peringatkan....Tutorial ni adalah untuk meletakkan button install Banner,...

GOOD LUCK

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Tips Menampakkan Blog Kita Kemas

Assalamualaikum...
Aishah nak kongsi sesuatu ni. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman Aishah sendiri. Ok, kalau nak ikut, ikut la.

Gunakan background yang simple
Maksudnya, gunakan background yang tidak terlalu berserabut. Gunakan background jenis polka dot atau line adalah nampak kemas sebenarnya. Tetapi kalau tak mau guna background tu, cari background yang mempunyai warna yang tidak terlalu terang dan boleh menyakitkan mata.

Elakkan Drpd Guna Tulisan Yang Pelik
Kebanyakan bloggers gemar menggunakan tulisan yang berbelit-belit. Betul tak ? Ok, kalau kita guna tulisan yang simple macam Times New Roman atau Arial lebih menyenangkan orang yang membaca ... Kalau tulisan berbelit, macam mana orang nak baca. Bukan tak boleh baca jer, tapi serabut kepala otak yg membaca tu kan..

Jangan letakkan tulisan terlalu warna warni
Maksudnya dalam satu ayat macam-macam jenis warna yang dia pakai.... Elakkan.... Kalau backgroun putih, tulisan hitam..kalau background hitam, tulisan putih..Itu nampak lebih kemas...

Centerkan segala Widget di bahagian Sidebar
Widget yg selalu kita gunakan ialah widget jam, kalendar, facebook like box dan banyak lagi. Jadi, jangan biarkan ianya berada di sebelah kiri atau kanan... Nampak serabut sangat.. Ok, try untuk centerkan widget tu ok.. Caranya, letakkan kod <center/> pada awal kod dan last kod...

Jangan Gunakan Background Animation
Background untuk blog sgt x cantik kalau animation. Ok first menyakitkan mata n second nampak x kemas n serabut... Cari yg paling simple n itu yg paling cantik....
Itu sahaja yang boleh dikongsikan....Agak boring tetapi diharap dapat membantu pembaca sekalian.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

"Reddish GiveAway : Saya Nak Sarawak Souvenir!"


Assalamualaikum

JOIN JOIN JOIN...ANOTHER JOIN
You see, Sarawak is a very famous state which is popular with it's culture. I hope that I'll reach there one day.

Hej jom join... Hehehehe..Klik ja banner yang sangat nice tu.
Esok tamat la GA ni...Cepat join..

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Free Earphone...Lagi..


Assalamualaikum....
Entri kali ini memaparkan tentang.....Ga ...Kalau bertuah dapat earphone....Menarik bukan..

Jom lah kita join...Esok last...hehehehe

Klik Banner kalau nak join..

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

"ADC & FN GIVEAWAY"


Assalamualaikum....

GA yang menarik ini telah membuatkan Aishah tertarik untuk join. Dengan syarat yang mudah lagi la....GA ni dah attract Aishah macam south dan north magnet.
Contest ni, antara 2 adik beradik...Waaah...
Jom la join....

Nak Join ??????KLIK BANNER 

Aishah Nak Tag 3 orang rakan Aishah
_ Huda
_ Faizlaster
_ Wanie

Itu sahaja...Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

GA Lovely Craft by Naida


Assalamualaikum....

Aishah sekarang ni join GA lagi. Heheheh. Kalau ada rezeki, boleh la menang. Insyaallah...

Kepada sesiapa yang nak join klik ja banner tu...Jom la join...Lama lagi la GA ni berlangsung.Jangan lepaskan peluang menangi hadiah yang sangat best..

Itu saha ja Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Langit-Langit Yang Dilalui Rasulullah Semasa Mikraj

Assalamualaikum....
Hari ini 29/06/2011, Aishah nak share tentang Israk dan Mikraj tetapi Aishah fokuskan Mikraj.
Aishah yakin ramain dah yang pernah mendengar tentang peristiwa Israk dan Mikraj. 
Straight to the topic, Sebelum rasulullah sampai ke Sidratul Muntaha iaitu langit ke-7, Rasululllah telah melalui beberapi lapisan langit, Jom kita baca dan tambah ilmu. Aishah pun baru tahu...pertemuan ini...

Pada masa ini, didatangkan kepada Baginda sebuah Mikraj yakni tangga yang indah dari syurga. 
Tangga Pertama 
Rasulullah dan Jibril masuk ke langit pertama lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang yang makan riba dan harta anak yatim serta melihat orang berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung kepada susu penzina perempuan.
Tangga Kedua
Nabi Muhammad dan Jibril naik tangga langit kedua lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.

Tangga Ketiga

Naik tangga langit ketiga dan bertemu Nabi Yusuf a.s.

Tangga Keempat
Naik tangga langit keempat lalu bertemu Nabi Idris a.s
Tangga Kelima
Naik tangga langit kelima dan bertemu Nabi Harun a.s yang dikelilingi kaumnya Bani Israel.

Tangga Keenam
Naik tangga langit keenam dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu Nabi Musa a.s. Baginda disuruh mengangkat kepalanya lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang masuk syurga tanpa hisab.
Tangga Ketujuh
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu Nabi Ibrahim a.s sedang bersandar pada Baitul Makmur sambil dihadapi kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda: “Engkau akan berjumpa Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. “Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillahlah Allahuakbar dan Walahaulawalaquwataillabillahi’aliyul’adzim. “Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.” Selepas itu Baginda masuk ke dalam Baitul Makmur lalu solat. Baitul Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah dan adalah tempat malaikat bertawaf.

Tangga Kelapan
Di sinilah disebut ‘al-kursi’ yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok ituSungai yang airnya tidak berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah, daun dan dahan yang berubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan dan semua keindahan yang tak terperi oleh manusia. Baginda juga dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta penunggunya, Malik.Di sinilah disebut ‘al-kursi’ yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.

Tangga Kesembilan
Di sini berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha. Rasulullah w masuk dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur ‘arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya 
sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh
Baginda sampai ke Hadratul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepala Baginda, lantas sujud. Di sinilah Allah memfardukan solat 50 waktu kepada Baginda. Selesai munajat, Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa.

Saat itulah....solat dikurangkan hingga 5 rakaat. Untuk ketahui kisah solat 5 rakaat, Aishah akan ceritakan pada Israk dan Mikraj  tahun depan Insyaallah. Kalau nak tahu juga, bolehla search dekat Google.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Hello


Assalamualaikum...

Ha, nampak apa kat atas. tu. Ala, tu adik Aishah ja. 
Hari ini, Aishah letih sangat mengemas rumah sebab lusa sepupu Aishah nak datang rumah tidur sini lagi.
Takkanlah tetamu datang dalam keadaan rumah macam sarang tikus.

Islam pun berkata, sekiranya tetamu datang tu, kita kena layan mereka dalam keadaan yang baik.
Hehehehe, bagi ceramah la pula.

Selain daripada hello, ayat apa lagi yang boleh kita pakai...

Assalamualaikum pun boleh
Kalau search dekat Google Translate, Arab punya Hello ialah مرحبا
Aishah tak pernah dengar pon. Heheheh. AIshah memang la tak fasih Bahasa Arab.
Tapi kawan Aishah, Huda...memang boleh berbahasa Arab.

Best kan kalau kita boleh cakap Arab. Insyaallah, suatu hari nanti Aishah akan belajar dan kuasai Bahasa Arab.

P?=/S

Aishah punya Photoshop ada masalah sikit la... Doakan supaya Photoshop tu sembuh dengan segera ok, bolehlah Aishah buatkan hadiah tu dengan segera.. Kalau tak AIshah pakai Photoscape @ GIMP @ SAI ja...
Nanti tak cantik. Tengoklah...Tak lama lagi ok la tu

ASSALAMUALAIKUM




Thanks For Reading شكران.

Movie : Zookeeper

Assalamualaikum.....

Tadi, Aishah sempat tengok Buletin Utama. Sebelum Buletin Utama habis, dia ada tunjukkan tentang Movie Zookeeper. Waktu Aishah tengok dia punya jalan cerita, sangat best....Aishah yakin ini ialah cerita komedi.

Kalah filem Zoo Malaysia

Nak tengok tak trailer untuk cerita ni...Klik ja kat bawah ni..Bila tengok tu mesti rasa nak tengok full movie kan

Best kan...Aishah pon tak sabr nak tengok cerita ni. Aishah sebenarnya tak tahu sinopsis untuk cerita ni tapi, AIshah yakin sesangat cerita ni mesti best....

SIapa setuju ????
hahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tak apa la ..Itu sahaja..

Assalamualaikum





Thanks For Reading شكران.