MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"


Jom Join nak tak...masa dia sikit ja lagi..masih x terlambat la...JOM JOIN..








Cerita ni adalah kisah benar daripada kisah hidup mama Aishah. Aishah gelarkan watak mama sebagai Ani....

Ani dilahirkan dalam keadaan yang sangat susah di mana pada ketika itu kemudahan elektrik belum disediakan di kawasan tempat tinggal Ani. Ani ialah anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Nama Ani diberi oleh ayahnya yang pada ketika itu sangat meminati Anita Sarawak. Lagi pula, ayahnya mahu anaknya berada di hadapan semasa dalam kelas supaya ananknya dapat belajar dengan baik.

Umurnya semakin meningkat dan berusia 7 tahun pun sekarang. Ibu dan ayah Ani sangat berharap agar Ani dapat menjadi senang apabila besar nanti dan dapat menyenangkan mereka. Jadi, ayah dan ibu Ani menghantar Ani ke Sekolah Kebangsaan Convent. Sekolah terletak jauh dari rumah Ani. Sebenarnya, sepanjang perjalanan untuk ke sekolah convent itu ada banyak sangat sekolah rendah yang lain tetapi ayah Ani sengaja tidak mahu hantar ke sekolah tersebut kerana dia mahu anaknya pintar berbahasa Inggeris suatu hari nanti.

Dengan berbekalkan 20 sen untuk perbelanjaan ke sekolah Ani pun pergi ke sekolah dengan niat untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga mereka. Ani ke sekolah dengan menaiki bas. Bas yang dinaiki oleh Ani itu sentiasa penuh yang menyebabkan ANi berasa penat setiap kali pulang dari sekolah. Jadi, Ani membuat keputusan untuk menaiki basikal untuk ke sekolah. Pernah terjadi suatu kejadian di mana Ani dan rakannya, Mona terjatuh ke dalam longkang kerana mengelak dari lori yang besar. Kejadian itu menyebabkan Mona patah tangan tetapi Ani bersyukur kerana dia tak apa-apa. Dia lantas menolong Mona ke sekolah dengan segera untuk dilaporkan kepada guru.

Setiap kali peperiksaan, Ani akan mengulang kaji dengan tekun. Seperti yang pernah dikatakan tadi, kemudahan elektrik masih belum disediakan. Jadi, Ani hanya menggukan lampu minyak. Hal  ini menyebabkan Ani terpaksa memakai kaca mata sehingga hari ini. Semasa dia ingin mendapat keputusan SRP, ibunya sanggup datang ke sekolahnya yang jauh itu berbasikal hanya untuk melihat Ani berjaya. Ani tidak mengecewakan ibunya. Dia berjaya mendapat 7A1B. Ani berasa aneh kerana Agama Islam adalah subjek yang dia peroleh B. B yang diperolehinya itu menyebabkan dia bersemangat untuk peperiksaan yang seterusnya. Akhirnya, dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Kejadian semasa ibunya mengandungkan adiknya yang bongsu sentiasa di ingatannya iaitu semasa ibunya dan  dia di kampung. Tunjuannya adalah untuk melahirkan adiknya itu. Suatu hari, Ibunya bercadang untuk ke  pekan sebentar. Ani menemani ibunya ke sana. Mereka ke sana dengan menggunakan perkhidmatan bas. Semasa pulang, ibunya dan dia tertinggal bas. Oleh kerana perut ibunya terasa sakit, mereka segera ke hospital Batu Gajah. Di sanalah tempat adik bongsunya dilahirkan.

Sekarang dia sudah pun mendirikan rumah tangga. Dan mempunyai 3 orang anak. Sekarang kehidupannya sangat senang daripada dahulu. Kesenangannya itu telah membantu ibunya untuk keluar dari kepompong kesusahan. Dia sentiasa memberi wang kepada keluarganya di kampung.

Suatu hari, ayahnya dimasukkan ke hospital akibat kemalangan yang sangat parah. Dia bersasa sangat risau. Lalu, ditinggalkannya masalah di rumah dan tempat kerja untuk terus ke Hospital Ipoh. Hari0hari dia berdoa untuk kesembuhan ayahnya itu. Dia teringat semasa ayahnya pernah berkata bahawa ayahnya menyuruh anaknya mempelajrai Matematik betul-betul kerana dahulunya ayahnya seorang yang sangat mahir dalam Matematik. Itulah yang menyebabkan dia menjadi seorang guru Matematik di sebuah tempat bernama Kolej Mara Kulim.  Keadaan makin hari makin baik. Tetapi, dalam perjalanan dia sekeluarga ke sana, ayahnya tiba-tiba pengsan dan dimasukkan ke dalam ruangan PERHATIAN. Dia merasa sangat rugi. Sekiranya dia tiba lebih awal pasti dia boleh menatap wajah ayahnya yang ceria. Keadaan ayahnya sangat parah sehingga terpaksa tebuk di bahagian tengkuk. Namun, pembedahan itu sangat sia-sia kerana akhirnya  ayahnya meninggal dunia. Ani berasa sangat sedih sehinggakan dia menangis di dalam bilik wudhuk semasa mengambil wudhuk. Dia tidak dapat ke perkuburan ayahnya untuk melihat ayahnya dikebumikan kerana dia terpaksan menjaga anak kecilnya. Kesedihannya berlalu begitu sahaja. Baginya kehidupan harus diteruskan.

Setahun kemudian, kehidupannya dirasai seperti berlaku perubahan. Dahulunya, dia tidak pernah menang dalam cabutan bertuah tetapi kali ini namanya sering keluar untuk menjadi pemenang cabutan bertuah. Dahulu, semasa ayahnya masih hidup, dia pernah membawa ayahnya ke sebuah majlis di kolej. Ada sesi cabutan bertuah. Dan apabila namanya dipanggil..Anita binti Baha, ayahnya kali ke belakang kerana terdengar namanya seperti dipanggil. Dan itulah kali pertama ani mendapat cabutan bertuah sehinggalah hari ini.


Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart:

Muslimah Optimis said...

ermmm... ayah dia minat anita sarawak ya..hihi.. boleh pulak kalau minat artis letak nama anak yang hampir sama ya..hihi.. apa pun terima kasih sudi join..sebrang update terkini akan dimkalumkan di laman MO..tq