Mimpi Rasulullah Sebelum Israk

Assalamualaikum
Hari ni Aishah nak share tentang mimpi baginda Rasulullah SAW. Nabi Muhammad ialah idola Aishah. Banyak sangat benda yang Aishah nak tahu tentang hidup baginda. Baiklah straight to the point, 9 mimpi Rasulullah ialah :

Mimpi-mimpi ni ialah mimpi-mimpi pada malam sebelum baginda diisrakkan. Jadi mari kita hayati ...

1.  Aku telah melihat malaikat maut datang kepada seseorang untuk mencabut nyawa. Namun, terhalang kerana amal baiknya terhadap ibu dan bapa


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan baginya neraka. Namun, dapat diselamatkan dengan Wuduknya.


3. Aku melihat syaitan-syaitan laknatullah mengelilingi seorang umatku. Namun, syaitan tersebut dapat dihancurkan dengan zikir-zikir yang ikhlas kepada Allah


4. Aku melihat bagaimana seorang umatku dahaga. Apabila didatangi sebuah telaga, terdapat halangan untuknya minum. Semasa itu, datang pahala puasanya yang benar dan jujur membantunya untuk minum air telaga tersebut.


5. Aku melihat umatku deheret dengan rantai dari neraka. Rantai tersebut dimasukkan ke dalam mulut lalu dikeluarkan melalui dubur. Lalu, datang pahala solatnya yang ikhlas dan tidak menunujuk-nunjuk membantunya.


6. Aku melihat bagaimana seorang umatku cuba untuk menghampiri para nabi. Namun, dia diusir.Tetapi, pahala Mandi junub dengan sempurna rukunnya membolehkannya menghampiri para nabi dan duduk bersebelahan dengan Ku.


7. Aku melihat umatku sedang duduk dalam keadaan gelap-gelita. Lalu, datang pahala haji dan umrahnya menerangi hidupnya.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9.  Akhir sekali...Aku melihat umatku menepis percikkan api ke mukanya. Lalu, datang pahala sedekahnya yang ikhlas membantunya daripada terkena percikkan api.


Sebelum Aishah akhiri info ni. Aishah harap kawan-kawan dapat menimba sesuatu. Insyaallah. 


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: