Peperiksaan Pertengahan Penggal 1, Bahasa Melayu, Kertas 2, Tingkatan 1, 2011


Bahagian A(1) : Ringkasan
 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang amalan- amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
            Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amaln pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan yang selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, elakkan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan jangan makan sebelum tidur. Oleh itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang.
                    Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibubapa perlu menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi.
                    Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet yang seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang amat segar penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
                    Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makanan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.
Bahagian A (2) : Pemahaman
[10 Markah]
Berdasarkan petikan Bahagian A(1), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1.       Berikan maksud mengundang padah dalam petikan                                                                                  [2 markah]
2.       Menurut pengarang, mengapakah kita perlu mengambil makanan seimbang?                               [4 markah]
3.       Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan mengambil makanan seimbang?                                                     [4 markah]

                                                                                                     
1

Bahagian B
[ Masa dicadangkan : 25 minit]
[ 20 markah ]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kecemerlangan pelajar. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bahagian C
[ Masa dicadangkan : 45 minit ]
[ 40 markah ]
Tulis satu karangan tentang satu daripada perkara di bawah ini. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1.       Kadar kemalangan di jalan raya terus meningkat walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha untuk mengatasinya.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya.

2.       Cuti sekolah baru sahaja berakhir.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda menceritakan aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang musim cuti sekolah.

3.       Kitar semula mempunyai banyak kebaikan.
Huraikan kebaikan-kebaikan kitar semula.

4.       Andaikan anda seorang wartawan majalah sekolah anda. Anda telah ditugaskan untuk menemu ramah olahragawan sekolah anda.
Tulis temu ramah tersebut selengkapnya.

5.       Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa “ Bagai aur dengan tebing” .


2

                   
Bahagian D
[ Masa dicadangkan : 10 minit ]
[10 markah ]


Berdasarkan novel yang anda kaji. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel tersebut berserta contoh masing-masing.


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: