Yakin Terhadap Diri Sendiri

Keyakinan diri amat penting untuk menjadikan kita seorang yang berani. Apakah sebenarnya fungsi KEYAKINAN ini untuk membentuk sifat berani dalam diri kita ?????
                    Contohnya, apabila kita menghadapi sesuatu yang mencabar seperti berperang. Perasaan gementar akan menguasai diri kita. Tetapi keyakinan diri yang kuat mampu melawan perasaan gementar itu tadi lalu membentuk sifat berani untuk berlawan.




Sebagai seorang insan yang lemah, kita sentiasa diuji oleh Allah swt. Ujian yang diberikan adalah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang itu. Ujian yang terdiri daripada pelbagai bentuk iaitu musibah, kesakitan ataupun kematian orang tersayang. Jadi, kita sepatutnya bersabar dan yakin kepada diri sendiri bahawa Allah menyayangi kita. Sekiranya kita tidak yakin bahawa ada hikamh di sebalik setiap ujian yang Allah timpakan, maka kita sudah gagal dalam ujian tersebut.

Kesimpulannya, bentuklah keyakinan dalam diri kita dari sekarang. Janganlah sentiasa bersikap lemah dan tidak percaya pada diri sendiri. Sekiranya kita yakin dan percaya bahawa kita boleh lakukan , Insyaallah , kita BOLEH LAKUKAN...Renung-renungkan.


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: