Usaha itu Tangga Kejayaan











Kata-kata itu sangat sinonim bagi kita. Apatah lagi apabila kita berada di ambang peperiksaan. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.??????

          Untuk mencapai sesuatu, kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh.Contohnya, kita akan menghadapi peperiksaan. Apa yang sepatutnya kita lakukan? Kita mestilah membaca buku dan mengulang kaji. Sebenarnya, usaha yang kita usahakan juga tidak memadai sekiranya kita tidak meminta dan berdoa kepada Allah. Kerana sesunggunya, segala ketentuan itu ada di tagan Tuhan.
      
          Janganlah pula kita jadi sombong dan bongkak kerana akibatnya adalah lebih teruk.
Menurut pengalaman seseorang, pernah dia melakukan kesilapan yang besar semasa minggu peperiksaan. Dia tidur lewat sehingga tengah malam hanya untuk menonton filem yang digemarinya. Hal ini menimbulkan perasaan tidak senang hati pada ibunya. Jadi, ibunya menyuruhnya agar tidur. Tetapi dia mengatakan yang dia ingin mengulangkaji pelajaran. Oleh kerana, dia telah menipu dan TIDAK BERUSAHA dan MENINGGALKAN SOLAT akhirnya pada hari peperiksaan dia menerima padah iaitu keputusannya menurun dengan sangat mendadak. Dan kebanyakan subjek dia peroleh C. Sejak itu, dia berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa menurut perintah Allah SWT.

             Kesimpulannya, usaha yang berbaloi akan membuahkan hasil yang juga berbaloi sekiranya disertakan doa dan tawakal kepada Allah kerana sesungguhnya USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: