Sempena Minggu Anti-Dadah


Dasawarsa ini, sering muncul di muka akhbar dan kaca televisyen mengenai isu penagihan dadah yang semakin berleluasa ini. Pihak Menteri sangat bimbang akan menjadi semakin ketara dan parah. Kebanyakan yang menagih dadah adalah di kalangan kaum melayu. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mereka terjebab dengan penagihan dadah ini.

Antaranya, pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat kerana daripada rakan sebayalah kita mempelajari sesuatu yang lain daripada yang lain. Jadi kebijaksanaan seseorang itu sanagt mempengaruhi aspek sahsiah diri seseorang. Sekiranya kita mempunyai rakan yang berakhlak negatif, janganlah terpengaruh denagn perbuatannya, tetapi didiklah mereka ke arah yang positif.

Seterusnya, ialah kurang didikan agama daripada ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak terutama didikan agama. Didikan agama banyak mengajar seseorang menegani akhlak, sahsiah dan disiplin. Tetapi, kebanyakn ibu bapa sekarang tidak mengambil peduli tentang hal anak-anak kerana sibuk akan urusan pekerjaan. Akibatnya, anak-anak terjebab dengan dadah durjana.

Sebenarnya,  banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan punca sesorang itu terjebab dengan dadah. Namun, setakat ini sahaja yang ingin saya tekankan. Ingat cogan kata yang telah diberikan oleh negara terhadap dadah iaitu ' DADAH MUSUH NO.1 NEGARA MALAYSIA'. Jadilah seorang yang bijak . Bukan sekadar bijak ilmu namun, bijak sahsiah dan dalam segala hal.
wassalam


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: