Wangi-Wangian bagi Wanita Muslimah

Hukum memakai wangian adalah wajib bagi wanita, iaitu ketika suami ada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami di waktu malam, hendaklah mereka terlebih dahulu memakai wangi-wangian dan jika selain daripada tujuan tersebut maka tidak diwajibkan.Nabi bersabda, maksudnya: Sebaik-baik wanita(isteri) ialah jika kamu (suami) memandang kepadanya sentiasa menyenangkan hati kamu…( An-Nasa’ie dari Abu Hurairah)
Hukum berwangi-wangian ketika puasa adalah makruh. Ini telah disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan di dalam bab puasa. Kenyataan ini dipegang oleh Imam Syafie dan Qaliyubi bahawa makruh memakai wangian ketika puasa.Diharam bagi wanita memakai wangian iaitu ketika keluar rumah, dihadapan lelaki bukan mahram, tujuan memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Sebagaimana sabda nabi S.A.W : “Seorang wanita apabila memakai bauan, kemudian keluar melalui di hadapan orang ramai dalam suatu majlis yang ada lelaki bukan mahram denganya, maka wanita tersebut dikira seperti orang yang melakukan zina.”
Jika seseorang itu dalam keadaan berihram, lantas secara tidak sengaja dia telah menyembur wangian (minyak attar dan minyak wangi) ke atas dirinya ataupun orang lain yang telah menyembur wangian atas tubuhnya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Maka perlulah orang itu menghilangkan kesan wangian atas badannya dengan kadar segera. Jika tidak menghilangkannya dengan segera sedangkan sudah mengetahui, maka perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu menyempurnakan Dam (Takhyir dan Taqdir).
Seseorang yang sedang mengucup/mencium Hajar Aswad, perlulah berhati-hati ketika mengucupnya supaya ia tidak cedera kerana dirempuh oleh orang ramai serta ia juga perlu berhati-hati agar wangian dari batu Hajar Aswad itu tidak melekat pada mulut dan wajahnya. Hal ini kerana Hajar Aswad sering diletakkan wangian kepadanya. Seseorang apabila sudah melekatnya wangian Hajar Aswad padanya secara tidak sengaja maka perlulah ia segera menghilangkannya. Jika tidak, maka perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu menyempurnakan Dam (Takhyir dan Taqdir).
Memakai losyen pelindung sinaran matahari UV adalah dibenarkan kerana ia bertujuan untuk perubatan dan kesihatan.
Akhir kata, wangi-wangian waajib dipakai hanya di hadapan suami. Sekiranya, keluar sahaja wanita itu dari rumahnya dengan memakai  wangi-wangian denagn niat menunjuk maka hukumnya dosa besar.


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: