Kisah Asiah, Isteri Fir'aun dan Masyitah, Penyisir Rambut Puteri Firaun

Alkisah di negeri Mesir, Firaun terakhir yang terkenal dengan keganasannya bertahta. Setelah kematian sang isteri, Firaun kejam itu hidup sendiri tanpa pendamping. Sampai cerita tentang seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran, bernama Siti Asiah sampai ke telinganya.
Firaun lalu mengutus seorang Menteri bernama Haman untuk meminang Siti Asiah. Ibu bapa Asiah bertanya kepada Siti Asiah: "Sudikah anakanda menikahi Firaun?"
"Bagaimana saya sudi mengahwini Firaun. Sedangkan dia terkenal sebagai raja yang ingkar kepada Allah? "
Haman kembali pada Firaun. Alangkah marahnya Firaun mendengar khabar penolakan Siti Asiah.
"Haman, berani betul Imran menolak permintaan raja. Seret mereka kemari. Biar aku sendiri yang menghukumnya! "
Firaun mengutus tenteranya untuk menangkap ibu bapa Siti Asiah. Setelah diseksa begitu keji, keduanya lantas dimasukkan ke dalam penjara. Menyusul kemudian, Siti Asiah digiring ke Istana. Firaun kemudian membawa Siti Asiah ke penjara tempat kedua orangtuanya dikurung. Kemudian, di hadapan orangtuanya yang nyaris tak berdaya, Firaun berkata: "He, Asiah. Jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau sayang terhadap kedua orangtuamu. Oleh kerana itu, engkau boleh memilih satu diantara dua pilihan yang kuajukan. Kalau kau menerima lamaranku, bererti engkau akan hidup senang, dan pasti kubebaskan kedua orangtuamu dari penjara laknat ini. Sebaliknya, jika engkau menolak lamar
Kerana ancaman itu, Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir'aun. Dengan mengajukan beberapa syarat:
Firaun harus membebaskan orangtuanya.
Firaun harus membuatkan rumah untuk ayah dan ibunya, yang indah lagi lengkap perabotannya.
Firaun perlu memastikan kesihatan, makan, minum kedua-dua ibu bapanya. Siti Aisyah bersedia menjadi isteri Fir'aun. Hadir dalam acara-acara tertentu, tapi tak bersedia tidur bersama Fir'aun. Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak diluluskan, Siti Asiah rela mati dibunuh bersama ibu dan bapanya.
Akhirnya Fir'aun bersetuju syarat-syarat yang diajukan Siti Asiah. Firaun lalu memerintahkan agar rantai belenggu yang ada di kaki dan tangan ibu bapa Siti Asiah dibuka. Singkat cerita, Siti Asiah tinggal dalam kemewahan Istana bersama-sama Fir'aun. Namun ia tetap tak mahu berbuat ingkar terhadap perintah agama, dengan tetap melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.
Pada malam hari Siti Asiah selalu mengerjakan solat dan memohon pertolongan Allah SWT. Ia sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir, walaupun suaminya sendiri, Firaun. Untuk menjaga kehormatan Siti Asiah, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar sebagai Siti Asiah. Dialah iblis yang setiap malam tidur dan bergaul dengan Fir'aun.
Firaun mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai bernama Hazaqil.Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami Siti Masyitah, yang bekerja sebagai juru hias istana, yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Namun demikian, dengan suatu usaha yang hati-hati, mereka berjaya merahsiakan ketaatan mereka terhadap Allah. Dari pengamatan Firaun yang kafir.
Suatu kali, terjadi perdebatan hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil, disaat Firaun menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang ahli sihir, yang menyatakan keimanannya atas ajaran Nabi Musa as Hazaqil menentang keras hukuman tersebut.
Mendengar penentangan Hazaqil, Fir'aun menjadi marah. Firaun jadi bisa mengetahui siapa sebenarnya Hazaqil. Firaun lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah, tanpa merasa gentar sebab yakin dirinya benar.
Hazaqil menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tangan terikat pada pohon kurma, dengan tubuh penuh ditembusi anak panah. Sang isteri, Masyitah, teramat sedih atas kematian suami yang amat disayanginya itu. Ia sentiasa dirundung kesedihan setelah itu, dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada anak-anaknya yang masih kecil.
Suatu hari, Masyitah mengadukan nasibnya kepada Siti Asiah. Di akhir pembicaraan mereka, Siti Asiah menceritakan keadaan dirinya yang sebenarnya, bahawa iapun menyembunyikan ketaatannya dari Firaun. Barulah keduanya menyedari, bahawa mereka sama-sama beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa as
Pada suatu hari, ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir'aun, tanpa sengaja sisirnya terjatuh ke lantai. Tak sengaja pula, saat memungutnya Masyitah berkata: "Dengan nama Allah binasalah Fir'aun."
Mendengar ucapan Masyitah, Puteri Fir'aun merasa tersinggung lalu mengancam akan melaporkan kepada ayahandanya. Tak sedikitpun Masyitah merasa gentar mendengar hardikan puteri. Sehingga akhirnya, ia dipanggil juga oleh Firaun.
Saat Masyitah menghadap Fir'aun, pertanyaan pertama yang diajukan kepadanya adalah: "Apa betul kau telah mengucapkan kata-kata penghinaan terhadapku, sebagaimana penuturan anakku. Dan siapakah Tuhan yang engkau sembah selama ini? "
"Betul, Baginda Raja yang zalim. Dan Tiada Tuhan selain Allah yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya. "Jawab Masyitah dengan berani.
Mendengar jawapan Masyitah, Fir'aun menjadi teramat marah, sehingga memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak sekuali besar. Dan saat minyak itu mendidih, pengawal kerajaan memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan pada Masyitah. Sekali lagi Masyitah dipanggil dan dipersilahkan untuk memilih: jika ingin selamat bersama kedua anaknya, Masyitah harus mengingkari Allah. Masyitah harus mengaku bahawa Fir'aun adalah Tuhan yang patut disembah. Jika Masyitah tetap tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali, lengkap bersama kedua anak-anaknya.
Masyitah tetap pada pendiriannya untuk beriman kepada Allah SWT. Masyitah kemudian membawa kedua-dua anaknya menuju ke atas kuali tersebut. Ia sempat ragu ketika memandang anaknya yang berada dalam pelukan, tengah asyik menyusu. Kerana takdir Tuhan, anak yang masih kecil itu dapat berkata, "Jangan takut dan sangsi, wahai Ibuku. Kerana kematian kita akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Dan pintu syurga akan terbuka menanti kedatangan kita. "
Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke dalam kuali berisikan minyak mendidih itu. Tanpa tangis, tanpa takut dan tak keluar jeritan dari mulutnya. Saat itupun terjadi keanehan. Tiba-tiba, tercium wangi semerbak harum dari kuali berisi minyak mendidih itu.
Siti Asiah yang menyaksikan kejadian itu, melaknat Fir'aun dengan kata-kata yang pedas. Iapun menyatakan tak sudi lagi diperisteri oleh Fir'aun, dan lebih memilih keadaan mati seperti Masyitah.
Mendengar ucapan Isterinya, Fir'aun menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah telah gila. Fir'aun kemudian telah menyiksa Asiah, tak memberikan makan dan minum, sehingga Siti Asiah meninggal dunia. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Siti Asiah sempat berdoa kepada Allah SWT, sebagaimana termaktub dalam firman-Nya:
"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata:" Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi_mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. " (QS At-Tahrim [66]: 11)
Demikian kisah Siti Asiah dan Masyitah. Semoga muslimah sekalian bisa mengambil hikmah dan mengikuti jejak keduanya, meninggal dalam keadaan teguh menggenggam "Tauhid."Semoga kita dapat mengambil iktibar melalui kisah ini.


Thanks For Reading شكران.

3 400 is kind-heart:

fareiyka said...

really love this. . ^_^

Nor Aishah said...

@fareiyka

Bagus la...Aishah ambil info ni dari satu laman website...