Suara Wanita Aurat atau Tidak ????

Walaupun suara perempuan difatwa bukan aurat , itu tak bermakna HALAL untuk perempuan berdakwah dengan menyanyi.

saya letakkan tulisan ustaz zaharuddin akan jawapan sebenar untuk persoalan "hukum mendengar lagu-lagu berunsur ketuhanan yg dinyanyikan oleh wanita" itu dengan tulisan beliau yang bertajuk "Bolehkah Wanita Berdakwah Melalui Nashed ? 
Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.


Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu

أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)
Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat. 


Apakah yang mengubah suara wanita menjadi aurat ?


"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya

" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.

"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.

"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga

"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.



Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya ( ustaz ). Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.


Kata-kata seorang ustaz mengenai suatu kisah....
Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?

Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.


Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya. 



Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )



Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.
Hadithnya :-

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "

Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)



Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)


Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: