Fatimah anak Nabi Muhammad Diberi Gelaran Az-Zahra

Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ‘Barangsiapa menyenangkan Fatimah, maka dia telah menyenangkan Allah dan barangsiapa membuatkan Fatimah murka, maka dia telah membuatkan Allah murka kepadanya. Fatimah adalah sebahagian dariku. Apa yang menyenangkannya, menyenangkanku dan apa yang tidak menyenangkannya adalah tidak menyenangkankan bagiku.’

Beliau turut bersabda, ‘Ada empat wanita yang terbaik di dunia ini : Mariam, Aasiyah isteri firaun, Khadijah ummul mukminin, dan Fatimah anak Muhammad.’ Dengan demikian Fatimah menempati kedudukan istimewa di hati Rasulullah yang hanya dimiliki isteri baginda, Khadijah.

Fatimah r.a. diberi gelaran ‘az-Zahraa’ yang bermaksud “Yang Menawan”. Ini disebabkan wajahnya yang berseri-seri seakan mengeluarkan cahaya. Apabila beliau menunaikan solat, mihrab di hadapannya dikatakan memantulkan cahaya dari wajahnya. Beliau juga turut digelar ‘al-Batul’ disebabkan sifat syadidnya. Beliau jarang menghabiskan masa bersama wanita-wanita lain. Sebaliknya beliau menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat, membaca al-Quran serta melakukan ibadat-ibadat lain.

Perlakuannya yang sopan dan percakapannya yang lemah lembut merupakan sebahagian dari keperibadian Fatimah yang indah dan disegani. Beliau sangat pemurah terhadap fakir miskin dan sangat mudah menyedekahkan apa jua yang dimiliki untuk membantu golongan ini meskipun beliau sendiri kelaparan. Beliau tidak sesekali menginginkan perhiasan dunia atau keselesaan dan kemewahan hidup. Fatimah hidup penuh tawaddhuk, namun ada ketikanya ketahan beliau tercabar dalam mengahadapi dugaan yang mendatang.

Fatimah r.a. mewarisi kelembutan lidah dalam berkata-kata yang berpunca dari ketinggian ilmu. Apabila beliau berucap, kata-katanya mampu menyentuh hati para pendengarnya sehinggakan menitiskan airmata. Beliau dikurniakan bakat dan kebersihan hati yang membolehkannya menggerak dan mendekatkan hati orang ramai kepada mengagungkan Allah s.w.t dan mensyukuri nikmatNya yang tidak terbatas.


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: