Tudung Bersanggul dan Atas Paras Dada

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya.Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik seperti mana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram.
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :



“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” 
Menurut Asyraf Imam Muda dalam programnya iaitu Soal Asyraf, orang Israel menarik tudungnya kebelakang kesemuanya.








  Manakala, ini merupakan cara pemakaian tudung yang betul dari sudut hukum Islam










Ingatlah, walaupun kita bertudung tetapi jika kita meninjolkan sesuatu itu tidak lagi digelar bertudung atau menutup aurat.


Thanks For Reading شكران.

2 400 is kind-heart:

♛I'm Eqa♛ said...

Done Read it .. insyallah , eqa amik iktibar (:

Nor Aishah said...

Insyaallah...Aishah pun berharap agar info yg Aishah bagi ni berguna